Disebabkan Sabtu yg membosankan la aku dpt cipta satu resipi yg rasanya tk pernah dibuat org.. ini semua sbb kat umah hanya ada ayam & lobak merah. Kalau nk tau, aku telah menyatukan resipi atau pengalaman memasak yg lain, jd terhasillah Masak Lemak Putih Ayam dan Lobak Merah. Nk masaknya simpel jer.. dan semua org boleh buat.. org yg tk penah masak pun rasanya reti nk buat. So, kat sini, aku nk kongsi bsama resipi terbaru aku tu. Selamat mencuba!!
Bahan2 utk masakan:
Bawang putih, bawang merah, lada hitam (di tumbuk kasar)
Lobak Merah di potong besar
Ayam
Santan dan garam.
Cara2nya:
1. Masukkan bahan2 yg telah ditumbuk kasar tadi bersama santan. Pastikan mggunakan api yg sederhana kecil.
2. Teruskan mengacau. Ini bagi memastikan santan tidak berketul.
3. Selepas 5-10 minit, masukkan ayam dan terus menggunakan api sederhana pula.
(pada peringkat ini, pastikan ianya sentiasa dikacau sama seperti memasak gulai lemak ikan).
4. Apabila ayam telah separuh masak, kecilkan api, dan masukkan lobak merah dan terus mengacau.
5. Masukkan garam secukup rasa.
6. Apabila lobak merah telah empuk, tutup api dan siap.
(sori, gambar hasil masakan tlupa pulak nk ambil..hihihii :D)
No comments:
Post a Comment