Sunday, April 10, 2011

Spagetti Goreng Bersardin


Haaa... resipi ni resipi ciptaan aku sendiri.  Ni nk kongsi ngan korang la ni. Resipi ni pun mudah dan bahan2nya pun senang nk dpt. Even kalo korang kreatif, blh guna bahan2 lain.

Bahan2nya: 
 Spagetti (dlm stgh paket) - direbus selama 10 minit 
 Cili kering yg telah dikisar (3 sudu besar)
 Lada hitam dikisar kasar, Daun basil (kering) & garam 
Cendawan butang, sardin (dibuang sosnya dan dihancurkan), bawang putih di cincang, Timun Jepun (dipotong dadu halus), minyak masak 3 sudu besar. 

Cara2 memasaknya: 
1. Tumis bawang putih hingga kekuningan dan masukkan cili kering yg telah dikisar dan masak sehingga pecah minyak. 
2. Masukkan cendawan butang dan sardin yg telah dihancurkan tadi dan masak selama 5 minit. 
3. Masukkan lada hitam, garam dan spagetti yg telah ditoskan tadi. Gaul rata. 
4. Masukkan daun Basil (kering) dan gaul rata. Tutup api. 
5. Akhir sekali baru masukkan timun Jepun tadi. (tujuan dimasukkan akhir sekali adalah utk mengelakkan timur menjadi lembik dan kekal rangup)

* Selamat Mencuba!!


No comments:

Post a Comment