Powered By Blogger
Showing posts with label Herba Utk Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Herba Utk Kesihatan. Show all posts

Saturday, April 9, 2011

Info Herba Untuk Hari Ini

Pegaga
Hari ni aku nk kongsi pasal kebaikan pegaga.  Sebenarnya, pegaga ni ada bnyk jenis. Ada yg berdaun licin dan bulat mcm dlm gambar di atas (pegaga yg di tanam di rumah aku) , ada jugak yg berdaun ketak2 (yg ni org kata pegaga kampung dan antara ulaman paling popular).  Pegaga ni adalah hidupan liar yg mana memerlukan penjagaan yg minima.  Ini antara fakta yg aku dapat dari salah satu website yg pernah aku baca (sori, website ape aku tk ingat la pulak).


Kegunaan 
Pegaga pernah dipanggil makanan otak kerana ia dapat mengembalikan kesihatan diri dan dapat menolong mengurangkan simptom yang disebabkan oleh tekanan, meningkatkan tindakbalas, menambahkan kekuatan fizikal dan mental.
Baru-baru ini WHO telah mengumumkan bahawa pegaga terbukti berkesan untuk meningkatkan kecerdasan dan keupayaan mental kanak-kanak. Selain itu ia juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari  menyingkirkan bahan toksid.
(ada jugak yg bg aku resipi jus pegaga + epal hijau = baik utk penghadaman)
Selain daripada itu, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal. Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari.  Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.



Tuesday, March 22, 2011

Info Herba Untuk Hari Ini

Pokok Tujuh Jarum 

Pokok ini adalah dari keluarga kaktus dan satu2nya jenis kaktus yg berdaun besar. Berasal dari Korea Selatan dan mudah membiak. Sepanjang batangnya, ada 7 batang duri runcing.  Antara khasiatnya ialah dipercayai boleh merawat penyakit kanser kolon (usus besar), kanser hidung dan kanser lain serta mengubati darah tinggi dan kencing manis.  Cara menggunakannya ialah dengan merendam 2 helai daunnya ke dalam secawan air panas (prosedur seperti merendam teh), dan minum.

(tu gambar pokok tujuh jarum yg sedang berbunga.. ni pokok kat umah aku tau..)