Tuesday, January 6, 2015

Orientasi Tahun 1

As Salam.  Bertemu kembali untuk berkongsi kisah gembira aku sbg seorang ibu.  Pada 2 Januari yg lepas, anak bongsuku, Wafiy Amsyar Bin Azizi telah menjalani sesi orientasi tahun 1 di Sek. Keb. Taman Seroja. Wafiy ditempatkan di dalam kelas 1 UMS.  Dah besar dah dia...tiba2 dah rasa tua pulak. 
Pada hari tu, orientasi hanyalah suai kenal murid-murid dengan guru, persekitaran sekolah dan kemudahan yang ada. Ibu bapa pada hari tersebut diarahkan berada di dewan bagi sesi taklimat.  Sementara taklimat, ujian saringan tahun 1 dijalankan.  
Rata-rata aku tengok murid-murid tahun satu semuanya berkobar2 nak ke sekolah dengan segala kelengkapan persekolahan yang baru.  Tak la mcm zaman aku dulu, boleh dikatakan setiap kelas ade aje murid-murid yang meronta2 tk nak masuk kelas la.. menangis la.  Berbeza sungguh kalau nak dibandingkan dengan budak2 zaman sekarang yang lebih terbuka dan telah didedahkan dengan pelbagai maklumat. 
Harapan aku sebagai seorang ibu, moga anak-anak aku cemerlang di dalam setiap yang diceburi, dunia dan akhirat. 

Wafiy yang ceria masuk ke tahun 1

Monday, December 22, 2014

Dah lamanye tk bersiaran ~~


As Salam.  Tahun 2014 ni pun dah nak sampai ke penghujung.  Baru nak muncul..tu pun tk tau nak borak pasal ape. Kejap tadi ade la update skit gambar2 dlm h/phone..so just nak kongsi gambar masa kami sekeluarga bercuti di Genting Highlands hujung bulan lepas la... next entry baru nk post pasal kreativiti.  Nampak gayanya kena aktif balik blog ni...sayang la kalau dh ade tp bersawang je kan...Bye.

 Anak2 ku...

 Kak Long

 Kakak & Abe

 Adik

Aku & Hubby 

 Kak Long & Kakak

 Anak2 ku...

Aku & Hubby

Tuesday, October 9, 2012

Salam Bersiaran dari Ofis Baru!!! Weee~~~

Aloha!!! Haaa...cam teruja je kan tegok tajuk pos kali ni.. Jgn tak tau..masa update entry ni, aku bersiaran secara live dari ofis baru... Tadaaaa...haa utk gambaran ofis baru aku sila rujuk gambar di bawah..

(ni lah dia ofis baru aku..lebih privacy dan spacious..)

Ape pun dengan tersiarnya entry ni, dengan rasminya blog aku ni dah digilap semula.. tk la bersawang dan berdebu...So, nantikan cerita2 terbaru. By the way, tempahan untuk kraftangan felt telah dibuka semula..so, pada yang berminat, boleh la buat tempahan ye dan sila la rujuk ke blog http://www.kapaskreativiti.blogspot.com

Bye!

Monday, August 27, 2012

~ Salam Lebaran 2012 ~

Salam.  Rasanya tk terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Lama kita tk bertemu dlm blog ni kan. Blog pun dh naik bersawang dh. Ape pun ni ade la sikit coretan terbaru bagi menggilap kembali blog yg dah kusam ni. Entry kali ni hanyalah resipi gulai kawah.  Alkisahnya rempah kawah dah ade, tp cara nk memasak dan resipinya pulak yg tak de. So, ni aku ade la dpt skit2 cara2 dan resipi dari kengkawan yg biasa buat.  Jom kita kongsi bersama resipi di bawah...

GULAI KAWAH 



Bahan-bahannya

·        1/2 kg daging-dipotong nipis
·        *Rempah gulai kawah (kuantiti untuk ½ kg daging)
·        *3 ulas bwg merah (kisar)
·        *2 ulas bwg putih (kisar)
·        *1/2 in lengkuas
·        1/2 halia
·        sedikit kunyit hidup (kisar)
·        2 atau 3 sudu (besar) lada mesin
·        1in gula melaka
·        1 sd(b) kerisik
·        sedikit air asam jawa @ 1 keping asam gelogor
·        garam secukupnya
·        santan dr 1/2 biji kelapa
·        minyak untuk menumis

Cara-cara
1.    Tumis lada mesin hingga naik bau
2.    Kemudian masukkan bahan-bahan bertanda (*) . Biarkan seketika sehingga naik bau.
3.   Masukkan kerisik,air asam jawa.masukkan pula daging bersama 1 cwn air.tambahkan garam secukup rasa dan gula melaka.tutup tudung periuk.biarkan daging empuk.
4.    jika daging tak empuk boleh tambah kan air,biarkan daging betul2 empuk
5.    bila daging sudah empuk masukkan santan,kacau sentiasa supaya santan tak pecah.
6.    tunggu hingga mendidih.biarkan seketika,gunakan api kecil(sehingga gulai naik minyak).angkat dan hidang
7.    **jika suka, boleh tambahkan ubi kentang.


Selamat mencuba!!


Thursday, July 5, 2012

Suka...suka..sukaaaaa sangat..

Salam semua. Mcm best aje tajuk entry kali ni kan? Mmg best pun..tp best utk aku la sbb baru2 ni officemate ade ke Vietnam, so aku ni kirim la dlm 4-5 pasang kain cotton dari sana.  Balik aje dia dari sana, bayangkan betapa gumbiranya sbb dpt 7 pasang kain yg cantik2 belaka. Puas hati & sememangnya berbaloi.. So, buat tatapan semua, sila la cuci mata dgn koleksi kain saya. Entah bila la dpt di buat baju....

 satu2nya silk cotton yg aku dpt..

 ni kain cotton biasa.. bidang 60..motif paisley..

 ni pun sama..

 ni pun sama... cantik kan? 

 ni jugak.. cadangnya ni utk anak2 dara aku... 4 meter bahagi 2.. 
so, sorang dpt la 2 meter nnti..

 yg ni paling aku suka... sbb nampak sweet sgt..

yg ni pun nampak sweet... sure la bila dh siap baju nnti pakai aje mesti 
nampak baik aje aku ni...

Kesimpulannya semua aku suka..semua bermotif paisley.. mmg aku minat motif ni..sbb pada aku motif ni evergreen.. any time boleh pakai tk lapuk dek zaman...

Bye!


Wednesday, June 20, 2012

Kenangan bercuti di Cameron Highlands

Salam semua.  Kali ni saja nk update sikit dgn gambo tk la brp baru td ini gambo percutian keluarga yg baru iaitu pada awal bulan Jun yg lepas.  Memandangkan  blog ni dh nk bersawang, kena la update skit. Sori la sbb tk bnyk gambar yg ade.  Insyaallah, akan di update dgn gambo2 lain ye.  Buat entri kali ni, tataplah gambo ni dulu. 

Dari kiri:  Hubby, aku, mak & abah.

Monday, June 18, 2012

Jualan Penghabisan!!

Salam. Cepat2!..Kain english cotton masih ade sepasang lg utk dijual. 



Kalau tgk tajuk entry pun paham kot.. dh nama pun jualan penghabisan, so harga di turunkan lg. Terkini, sepasang hanya RM65.00.  Cepat2..pembeli bertuah bakal mendapat hadiah misteri yg semestinya menarik.