Sunday, April 17, 2011

Progress rumah

Alhamdulillah, petang semalam pegi ke Bandar Baru Salak Tinggi dan jenguk progress rumah.  Nampak gayanya, setiap 2 minggu, ada la progressnya.  Yg terbaru, rumah dh di plaster, so kalo dtg lg 2 minggu, mungkin dh letak tiles kot.  Bila dh masuk tiles nanti baru sedap skit nk ambik gamba. Cerita tbaru pasal rumah ni akan aku update dari semasa ke semasa.  Selain daripada tu, Jumaat lepas dh check dgn Perbendaharaan, dan cheque untuk bayaran ke Pemaju sebanyak 10% dari harga rumah dh ready.  Aku pun tk nyempat2 terus bgtau pemaju pasal tu.  Tk pasal2 aku lak jd kerani pihak pemaju tolong follow up dgn Perbendaharaan utk pastikan cheque bayaran cepat siap.  Ape pun, aku tk nk kena panelty lg mcm ari tu. 
*ni ilustrasi rumah aku bila dh siap nanti

Sunday, April 10, 2011

Spagetti Goreng Bersardin


Haaa... resipi ni resipi ciptaan aku sendiri.  Ni nk kongsi ngan korang la ni. Resipi ni pun mudah dan bahan2nya pun senang nk dpt. Even kalo korang kreatif, blh guna bahan2 lain.

Bahan2nya: 
 Spagetti (dlm stgh paket) - direbus selama 10 minit 
 Cili kering yg telah dikisar (3 sudu besar)
 Lada hitam dikisar kasar, Daun basil (kering) & garam 
Cendawan butang, sardin (dibuang sosnya dan dihancurkan), bawang putih di cincang, Timun Jepun (dipotong dadu halus), minyak masak 3 sudu besar. 

Cara2 memasaknya: 
1. Tumis bawang putih hingga kekuningan dan masukkan cili kering yg telah dikisar dan masak sehingga pecah minyak. 
2. Masukkan cendawan butang dan sardin yg telah dihancurkan tadi dan masak selama 5 minit. 
3. Masukkan lada hitam, garam dan spagetti yg telah ditoskan tadi. Gaul rata. 
4. Masukkan daun Basil (kering) dan gaul rata. Tutup api. 
5. Akhir sekali baru masukkan timun Jepun tadi. (tujuan dimasukkan akhir sekali adalah utk mengelakkan timur menjadi lembik dan kekal rangup)

* Selamat Mencuba!!


Saturday, April 9, 2011

Kupang Masak Lada

Smlm aku ada beli kupang yg dh siap di kopek di Giant.  Tk bnyk la.. ada la dlm 200 gm.  Kalo nk tau, ni first time aku nk makan kupang.  Memang selalu dengar, tapi tk pulak tgerak hati nk makan.  So, utk pertama kali, aku cuba la masak kupang ni.  Masakan yg aku nk kongsi bsama ni, resipinya dan cara nk masaknya  mudah aje. 
(ni gambar kupang masak lada yg aku masak)

Bahan2nya: 
Kupang (direbus)
Lada kering (di rebus dan dikisar halus)
Bawang merah (4 ulas - di mayang halus)
Bawang putih (5 ulas - di mayang halus)
Daun limau purut (3 helai)
Kicap pekat (1 sudu besar)
Garam
Minyak masak (3 sudu besar)

Cara2nya: 
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali dengan api sederhana. 
2. Masukkan bawang putih dan bawang merah dan tumis hingga kekuningan. 
3. Setelah kekuningan, masukkan lada kering yg telah dikisar dan masak hingga naik minyak. 
4. Seterusnya, masukkan daun limau purut dan kicap pekat.  Biar sehingga mendidih. 
5. Kemudian,  masukkan kupang yang telah direbus tadi dan garam. Biarkan sehingga 10 minit dan tutup api.  Sedia utk dimakan. 



Info Herba Untuk Hari Ini

Pegaga
Hari ni aku nk kongsi pasal kebaikan pegaga.  Sebenarnya, pegaga ni ada bnyk jenis. Ada yg berdaun licin dan bulat mcm dlm gambar di atas (pegaga yg di tanam di rumah aku) , ada jugak yg berdaun ketak2 (yg ni org kata pegaga kampung dan antara ulaman paling popular).  Pegaga ni adalah hidupan liar yg mana memerlukan penjagaan yg minima.  Ini antara fakta yg aku dapat dari salah satu website yg pernah aku baca (sori, website ape aku tk ingat la pulak).


Kegunaan 
Pegaga pernah dipanggil makanan otak kerana ia dapat mengembalikan kesihatan diri dan dapat menolong mengurangkan simptom yang disebabkan oleh tekanan, meningkatkan tindakbalas, menambahkan kekuatan fizikal dan mental.
Baru-baru ini WHO telah mengumumkan bahawa pegaga terbukti berkesan untuk meningkatkan kecerdasan dan keupayaan mental kanak-kanak. Selain itu ia juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari  menyingkirkan bahan toksid.
(ada jugak yg bg aku resipi jus pegaga + epal hijau = baik utk penghadaman)
Selain daripada itu, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal. Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari.  Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.



Pisang oh pisang...

Sabtu lepas, aku ada bsembang ngan suami aku pasal pisang.  Sebenarnya masa tu aku tgh makan kerepek pisang sira dan tetiba teringat arwah Opah aku dulu slalu buat pisang salai...hmmm.. dh lama tk makan.  Ade la dekat 7-8 thn dah. Bercerita pasal pisang salai ni, dulu arwah slalu goreng blk pisang salai ni dengan dicelup tepung.  Memang sedap. Masam2 manis. Entah nape la aku tk tgerak lak hati nk buat.  Sekurang2nya resipi tu blh jd turun temurun. Nanti la..kalo rajin nnti, aku buat dan akan aku post kan dlm blog ni.  Nk di jadikan cerita, hari tu jugak, kakak tukang jahit baju aku sedekahkan pisang hasil tanaman suami dia.  Berkat pisang yg dia bg, aku anak beranak dpt rasa. Tengkiu Kak Ti, moga murah rezeki kalian sekeluarga. Gambar di bawah ni gambar pisang yg Kak Ti bg tu. Pisang ape pun aku tk tau.. mmg aku fail dgn nama2 pisang ni.. 


Wednesday, April 6, 2011

Macarons

Hari ni masuk hari ke 4 dn aku masih lg bkampung di HQ.  Hari ni keje tk de sgt, tp menunggu aje yg lebih.  Menunggu ni pu sbnarnya memenatkan. Pasal tu aku ada masa nk update blog ni selepas 2 hari tk ter-update. Waktu aku menaip post ni, 2 org yg lain tgh sedap tido dn 2 org lagi tgh sedap melayari laman sesawang utk mengetahui isu semasa hal politik negara (hmm... bab ni aku mintak ampun bbnyk.. tk ade yg menarik perhatian aku pun..lantak korang la nk menonggeng ke ape..)

Pagi tadi sempat jenguk blog sorang kawan ni. Antara update dia yg aku baca pasal kuih Macarons. First time aku dgr pasal kuih ni. Kalo tgk pada rupanya, mmg menarik. Menurut info yg aku baca, kuih tu kuih org French.  Ntah cam mana rasa teringin lak nk cuba. Kalo nk buat sndr tk tentu lg. So, kepada kawanku Pn. Maznah Muhamad Nor, bg la tau cam mana aku nk order kuih tu. (kpd sesiapa yg tk tau cam mane rupa kuih Macarons tu..rupanya cam dlm gambo ni)
* sori Menah.. aku cilok gambo kat blog ko..

Info Kesihatan

Smlm sambil menunggu di bilik sekretariat smlm, aku sempat terbaca satu fakta kesihatan pasal kesan minum kopi.  Menurut buku yg aku baca tu (Readers' Digest ntah keluaran bila) jika seseorg itu minum stgh liter kopi sehari, ia mampu mencegah penyakit Parkinson dan Alzheimer.  Tp ia juga bgantung kpd tahap kesihatan dan penerimaan kafein seseorg. Selain dari tu, yg menariknya, kopi juga penjana idea.  Tk heran la sbb tiap kali nk bdepan ngan keje yg blambak atau assignment, mesti aku kena minum kopi.

Apa pun harus diingat, setiap yg baik itu, mestilah pada kadar sederhana sbb jika kita tlalu taksub, ia mungkin mdtgkan kemudaratan.

Sunday, April 3, 2011

Selesai Satu Masalah..Masalah Lain Pulak Timbul

Semalam lepas balik dari Pusat Sains Negara, aku singgah jap kat Bandar Baru Salak Tinggi. Kebetulan nk byr panelti, langsung singgah tengok progress rumah. Alhamdulillah, panelti dh dibayar sbnyk RM 19.95.. Rumah dh diplaster, tp bila ditinjau dgn lebih dekat, bnyk kerja2 plaster yg dibuat tk kemas.  Antara masalah yg aku jumpa semasa tinjauan dilakukan ialah syiling bocor di bilik blakang, plaster tk kemas di bahagian dapur, plaster dinding yg nk menuju ke bilik air tengah pecah dan pemasangan kabel yg tk sempurna.  Sblm tu pulak, Jumaat lepas aku terima surat dari developer (actually c.c. kat aku) pasal diorg mintak 2nd 10% utk progress kerja2 pembinaan. Due date 27/4..so, pagi ni aku dh follow up dgn Perbendaharaan. Aku diminta call diorg blk Khamis ni sbb diorg pun baru terima surat yg sama.  Ini lah procedure yg kita kena ikut kalo dh terikat dgn loan kerajaan.  Kena rajin follow up dgn diorg, dgn developer lg.. Sampai ke tahap ni sbnarnya aku dh penat.  Tu belum lg time dh dpt kunci nnti.. ntah ape masalah agaknya yg timbul lepas tu.. kita tunggu aje la.. Kat bawah ni antara gambar2 yg di ambil masa bkunjung ke Pusat Sains Negara.





(sori la ye.. tk bnyk gambar yg di ambil sbb anak2 aku buat hal.. dia org tk nk masuk sgt tgk dinosaur.. takut..)



Saturday, April 2, 2011

2011 Putrajaya Grand Prix Demo

Pagi tadi aku ade bcerita yg Hubby aku bawa anak lelaki sulong aku ke Putrajaya kan.. so, ni antara gambar2 yg diorg ada ambil. Demo ni hanya utk hari ni shj bsempena F1 di Sepang nanti. 






(ni adalah aktiviti org yg fanatik dgn dunia pemotoran..)

Terciptanya Satu Resipi Baru!!

Disebabkan Sabtu yg membosankan la aku dpt cipta satu resipi yg rasanya tk pernah dibuat org.. ini semua sbb kat umah hanya ada ayam & lobak merah.  Kalau nk tau, aku telah menyatukan resipi atau pengalaman memasak yg lain, jd terhasillah Masak Lemak Putih Ayam dan Lobak Merah. Nk masaknya simpel jer.. dan semua org boleh buat.. org yg tk penah masak pun rasanya reti nk buat.  So, kat sini, aku nk kongsi bsama resipi terbaru aku tu. Selamat mencuba!!

Bahan2 utk masakan:
Bawang putih, bawang merah, lada hitam (di tumbuk kasar)
 Lobak Merah di potong besar
 Ayam 
Santan dan garam.

Cara2nya:
1. Masukkan bahan2 yg telah ditumbuk kasar tadi bersama santan.  Pastikan mggunakan api yg sederhana kecil. 
2. Teruskan mengacau. Ini bagi memastikan santan tidak berketul. 
3. Selepas 5-10 minit, masukkan ayam dan terus menggunakan api sederhana pula. 
(pada peringkat ini, pastikan ianya sentiasa dikacau sama seperti memasak gulai lemak ikan). 
4. Apabila ayam telah separuh masak, kecilkan api, dan masukkan lobak merah dan terus mengacau. 
5. Masukkan garam secukup rasa. 
6. Apabila lobak merah telah empuk, tutup api dan siap. 

(sori, gambar hasil masakan tlupa pulak nk ambil..hihihii :D)

Friday, April 1, 2011

Sabtu Yg Membosankan

Hmmm... tk tau nk citer ape sbnarnya.. hari ni aktiviti tk best sgt...bangun pagi je badan tk brp nk sedap... sakit sana, sakit sini.. aktiviti awal pagi, cuma duduk umah layan anak2 tgk karton..karton..karton.. mcm tu la kalau diorg ade kat umah, tv tu diorg yg punya. Tghari Hubby bw anak lelaki sulung pegi tgk pameran Lotus / F1 kat Putrajaya...(dia ada ajak jugak, tp aku ni bukan golongan fanatik benda2 tu sumer, so, biarla yg fanatik je yg pegi).. Cadangnye nk masak yg best2 skit time tk keje cam ni.. tp tk ade idea nk masak ape.  Paling tidak pun, aku buat kari ayam je la.. Ptg nanti tk tau mcm mana pulak kisahnya. Mungkin aku nk ajak Hubby ronda2 kat KL... (itu pun kalau rajin..) .. ape pun, nanti aku update dari semasa ke semasa...

~bEriTa bAiK uTk mInGgU iNi~

Alhamdulillah... ni nak kongsi satu berita baik ni.. akhirnya dpt jugak diskaun panelti yg pemaju kenakan ke atas aku sbb lambat release 10% payment pd diorg.  Dari RM224.25 aku hanya kena byr kat diorg sebnyk RM19.95.  Tk pe la kan.. dari kena byr ratusan2.  So, pada korang yg ada tkena cam aku ni, haaa.. penyelesaiannya sila la bhubung dgn peguam masing2 atau buatlah surat rayuan pengurangan... pemaju pun cam kita jugak.. manusia biasa..manusia yg tak penah lokek dengan sifat keprihatinan... kalo tk prihatin langsung tu maknanya bukan la manusia..
* tengkiu pada kengkawan yg bnyk mberi tunjuk ajar dlm urusan dgn pemaju ni :D