Pegaga
Hari ni aku nk kongsi pasal kebaikan pegaga. Sebenarnya, pegaga ni ada bnyk jenis. Ada yg berdaun licin dan bulat mcm dlm gambar di atas (pegaga yg di tanam di rumah aku) , ada jugak yg berdaun ketak2 (yg ni org kata pegaga kampung dan antara ulaman paling popular). Pegaga ni adalah hidupan liar yg mana memerlukan penjagaan yg minima. Ini antara fakta yg aku dapat dari salah satu website yg pernah aku baca (sori, website ape aku tk ingat la pulak).
Pegaga pernah dipanggil makanan otak kerana ia dapat mengembalikan kesihatan diri dan dapat menolong mengurangkan simptom yang disebabkan oleh tekanan, meningkatkan tindakbalas, menambahkan kekuatan fizikal dan mental.
Baru-baru ini WHO telah mengumumkan bahawa pegaga terbukti berkesan untuk meningkatkan kecerdasan dan keupayaan mental kanak-kanak. Selain itu ia juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari menyingkirkan bahan toksid.
(ada jugak yg bg aku resipi jus pegaga + epal hijau = baik utk penghadaman)
Selain daripada itu, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal. Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari. Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.
No comments:
Post a Comment