Saturday, April 9, 2011

Kupang Masak Lada

Smlm aku ada beli kupang yg dh siap di kopek di Giant.  Tk bnyk la.. ada la dlm 200 gm.  Kalo nk tau, ni first time aku nk makan kupang.  Memang selalu dengar, tapi tk pulak tgerak hati nk makan.  So, utk pertama kali, aku cuba la masak kupang ni.  Masakan yg aku nk kongsi bsama ni, resipinya dan cara nk masaknya  mudah aje. 
(ni gambar kupang masak lada yg aku masak)

Bahan2nya: 
Kupang (direbus)
Lada kering (di rebus dan dikisar halus)
Bawang merah (4 ulas - di mayang halus)
Bawang putih (5 ulas - di mayang halus)
Daun limau purut (3 helai)
Kicap pekat (1 sudu besar)
Garam
Minyak masak (3 sudu besar)

Cara2nya: 
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali dengan api sederhana. 
2. Masukkan bawang putih dan bawang merah dan tumis hingga kekuningan. 
3. Setelah kekuningan, masukkan lada kering yg telah dikisar dan masak hingga naik minyak. 
4. Seterusnya, masukkan daun limau purut dan kicap pekat.  Biar sehingga mendidih. 
5. Kemudian,  masukkan kupang yang telah direbus tadi dan garam. Biarkan sehingga 10 minit dan tutup api.  Sedia utk dimakan. 



No comments:

Post a Comment