Powered By Blogger
Showing posts with label Makan2. Show all posts
Showing posts with label Makan2. Show all posts

Monday, August 27, 2012

~ Salam Lebaran 2012 ~

Salam.  Rasanya tk terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Lama kita tk bertemu dlm blog ni kan. Blog pun dh naik bersawang dh. Ape pun ni ade la sikit coretan terbaru bagi menggilap kembali blog yg dah kusam ni. Entry kali ni hanyalah resipi gulai kawah.  Alkisahnya rempah kawah dah ade, tp cara nk memasak dan resipinya pulak yg tak de. So, ni aku ade la dpt skit2 cara2 dan resipi dari kengkawan yg biasa buat.  Jom kita kongsi bersama resipi di bawah...

GULAI KAWAH 



Bahan-bahannya

·        1/2 kg daging-dipotong nipis
·        *Rempah gulai kawah (kuantiti untuk ½ kg daging)
·        *3 ulas bwg merah (kisar)
·        *2 ulas bwg putih (kisar)
·        *1/2 in lengkuas
·        1/2 halia
·        sedikit kunyit hidup (kisar)
·        2 atau 3 sudu (besar) lada mesin
·        1in gula melaka
·        1 sd(b) kerisik
·        sedikit air asam jawa @ 1 keping asam gelogor
·        garam secukupnya
·        santan dr 1/2 biji kelapa
·        minyak untuk menumis

Cara-cara
1.    Tumis lada mesin hingga naik bau
2.    Kemudian masukkan bahan-bahan bertanda (*) . Biarkan seketika sehingga naik bau.
3.   Masukkan kerisik,air asam jawa.masukkan pula daging bersama 1 cwn air.tambahkan garam secukup rasa dan gula melaka.tutup tudung periuk.biarkan daging empuk.
4.    jika daging tak empuk boleh tambah kan air,biarkan daging betul2 empuk
5.    bila daging sudah empuk masukkan santan,kacau sentiasa supaya santan tak pecah.
6.    tunggu hingga mendidih.biarkan seketika,gunakan api kecil(sehingga gulai naik minyak).angkat dan hidang
7.    **jika suka, boleh tambahkan ubi kentang.


Selamat mencuba!!


Thursday, April 12, 2012

Kerabu oh kerabu...

Salam Jumaat.. alkisah pagi ni aku nk cerita pasal kerabu.. di sebabkan kerabu la aku tk leh tido mlm tadi.. semua gara2 perut meragam akibat makan kerabu tengahari smlm.. tp best jugak.. stok dlm perut ni dh bjaya keluar.. smpai kan aku leh senyum lebar hari ni.. dan yg btambah tk logiknya.. subuh2 lg aku dh dengar lagu raya..(hmmm..aku mmg cam ni..kalo tlebih hepi lagu raya mmg mjadi pilihan). 

Berbalik hal kerabu ni pulak, aku mmg suka makan ape aje jenis kerabu.. sejak2 dh bkawin dgn org pantai timur ni.. Mcm smlm, kengkawan ofis pakat buat kerabu gajus+mangga bersantan.. haaaa...ade agen santan ni la yg mmbuatkan kerja2 pelawasan aku bjalan lancar.. tp ape pun.. mmg tabik springgggg kat kengkawan yg telah bjaya menghasilkannya.. So, dgn bangganya, aku nk kongsi bsama resipi kerabu gajus+mangga smlm.. mmg maveles!!!

Bahan2nya:
buah gajus
mangga muda 
cili padi 
bawang merah
udang kering
kacang tanah
santan
kerisik 
gula 
garam

Cara2 membuatnya:  
1. Mangga muda dan Isi buah gajus di iris halus (perah utk buang jusnya).
2. Mayang halus bawang merah dan cili padi. 
3. Kacang tanah yang telah digoreng dan udang kering ditumbuk kasar. 
3. Gaul kesemua bahan2 tadi bersama kerisik dan santan. Bubuh sedikit gula dan garam mengikut keperluan rasa. 

Mudah dan memang sedap untuk pembuka selera!! 










Sunday, April 10, 2011

Spagetti Goreng Bersardin


Haaa... resipi ni resipi ciptaan aku sendiri.  Ni nk kongsi ngan korang la ni. Resipi ni pun mudah dan bahan2nya pun senang nk dpt. Even kalo korang kreatif, blh guna bahan2 lain.

Bahan2nya: 
 Spagetti (dlm stgh paket) - direbus selama 10 minit 
 Cili kering yg telah dikisar (3 sudu besar)
 Lada hitam dikisar kasar, Daun basil (kering) & garam 
Cendawan butang, sardin (dibuang sosnya dan dihancurkan), bawang putih di cincang, Timun Jepun (dipotong dadu halus), minyak masak 3 sudu besar. 

Cara2 memasaknya: 
1. Tumis bawang putih hingga kekuningan dan masukkan cili kering yg telah dikisar dan masak sehingga pecah minyak. 
2. Masukkan cendawan butang dan sardin yg telah dihancurkan tadi dan masak selama 5 minit. 
3. Masukkan lada hitam, garam dan spagetti yg telah ditoskan tadi. Gaul rata. 
4. Masukkan daun Basil (kering) dan gaul rata. Tutup api. 
5. Akhir sekali baru masukkan timun Jepun tadi. (tujuan dimasukkan akhir sekali adalah utk mengelakkan timur menjadi lembik dan kekal rangup)

* Selamat Mencuba!!


Saturday, April 9, 2011

Kupang Masak Lada

Smlm aku ada beli kupang yg dh siap di kopek di Giant.  Tk bnyk la.. ada la dlm 200 gm.  Kalo nk tau, ni first time aku nk makan kupang.  Memang selalu dengar, tapi tk pulak tgerak hati nk makan.  So, utk pertama kali, aku cuba la masak kupang ni.  Masakan yg aku nk kongsi bsama ni, resipinya dan cara nk masaknya  mudah aje. 
(ni gambar kupang masak lada yg aku masak)

Bahan2nya: 
Kupang (direbus)
Lada kering (di rebus dan dikisar halus)
Bawang merah (4 ulas - di mayang halus)
Bawang putih (5 ulas - di mayang halus)
Daun limau purut (3 helai)
Kicap pekat (1 sudu besar)
Garam
Minyak masak (3 sudu besar)

Cara2nya: 
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali dengan api sederhana. 
2. Masukkan bawang putih dan bawang merah dan tumis hingga kekuningan. 
3. Setelah kekuningan, masukkan lada kering yg telah dikisar dan masak hingga naik minyak. 
4. Seterusnya, masukkan daun limau purut dan kicap pekat.  Biar sehingga mendidih. 
5. Kemudian,  masukkan kupang yang telah direbus tadi dan garam. Biarkan sehingga 10 minit dan tutup api.  Sedia utk dimakan. 



Pisang oh pisang...

Sabtu lepas, aku ada bsembang ngan suami aku pasal pisang.  Sebenarnya masa tu aku tgh makan kerepek pisang sira dan tetiba teringat arwah Opah aku dulu slalu buat pisang salai...hmmm.. dh lama tk makan.  Ade la dekat 7-8 thn dah. Bercerita pasal pisang salai ni, dulu arwah slalu goreng blk pisang salai ni dengan dicelup tepung.  Memang sedap. Masam2 manis. Entah nape la aku tk tgerak lak hati nk buat.  Sekurang2nya resipi tu blh jd turun temurun. Nanti la..kalo rajin nnti, aku buat dan akan aku post kan dlm blog ni.  Nk di jadikan cerita, hari tu jugak, kakak tukang jahit baju aku sedekahkan pisang hasil tanaman suami dia.  Berkat pisang yg dia bg, aku anak beranak dpt rasa. Tengkiu Kak Ti, moga murah rezeki kalian sekeluarga. Gambar di bawah ni gambar pisang yg Kak Ti bg tu. Pisang ape pun aku tk tau.. mmg aku fail dgn nama2 pisang ni.. 


Wednesday, April 6, 2011

Macarons

Hari ni masuk hari ke 4 dn aku masih lg bkampung di HQ.  Hari ni keje tk de sgt, tp menunggu aje yg lebih.  Menunggu ni pu sbnarnya memenatkan. Pasal tu aku ada masa nk update blog ni selepas 2 hari tk ter-update. Waktu aku menaip post ni, 2 org yg lain tgh sedap tido dn 2 org lagi tgh sedap melayari laman sesawang utk mengetahui isu semasa hal politik negara (hmm... bab ni aku mintak ampun bbnyk.. tk ade yg menarik perhatian aku pun..lantak korang la nk menonggeng ke ape..)

Pagi tadi sempat jenguk blog sorang kawan ni. Antara update dia yg aku baca pasal kuih Macarons. First time aku dgr pasal kuih ni. Kalo tgk pada rupanya, mmg menarik. Menurut info yg aku baca, kuih tu kuih org French.  Ntah cam mana rasa teringin lak nk cuba. Kalo nk buat sndr tk tentu lg. So, kepada kawanku Pn. Maznah Muhamad Nor, bg la tau cam mana aku nk order kuih tu. (kpd sesiapa yg tk tau cam mane rupa kuih Macarons tu..rupanya cam dlm gambo ni)
* sori Menah.. aku cilok gambo kat blog ko..

Saturday, April 2, 2011

Terciptanya Satu Resipi Baru!!

Disebabkan Sabtu yg membosankan la aku dpt cipta satu resipi yg rasanya tk pernah dibuat org.. ini semua sbb kat umah hanya ada ayam & lobak merah.  Kalau nk tau, aku telah menyatukan resipi atau pengalaman memasak yg lain, jd terhasillah Masak Lemak Putih Ayam dan Lobak Merah. Nk masaknya simpel jer.. dan semua org boleh buat.. org yg tk penah masak pun rasanya reti nk buat.  So, kat sini, aku nk kongsi bsama resipi terbaru aku tu. Selamat mencuba!!

Bahan2 utk masakan:
Bawang putih, bawang merah, lada hitam (di tumbuk kasar)
 Lobak Merah di potong besar
 Ayam 
Santan dan garam.

Cara2nya:
1. Masukkan bahan2 yg telah ditumbuk kasar tadi bersama santan.  Pastikan mggunakan api yg sederhana kecil. 
2. Teruskan mengacau. Ini bagi memastikan santan tidak berketul. 
3. Selepas 5-10 minit, masukkan ayam dan terus menggunakan api sederhana pula. 
(pada peringkat ini, pastikan ianya sentiasa dikacau sama seperti memasak gulai lemak ikan). 
4. Apabila ayam telah separuh masak, kecilkan api, dan masukkan lobak merah dan terus mengacau. 
5. Masukkan garam secukup rasa. 
6. Apabila lobak merah telah empuk, tutup api dan siap. 

(sori, gambar hasil masakan tlupa pulak nk ambil..hihihii :D)

Thursday, March 24, 2011

Jom kongsi resipi

Ikan Puyu Masak Kensom..Malam kelmari, kira malam aku rajin nak masak la.. Petang lepas keje terus pegi pasar malam, beli ikan puyu utk dimasak kensom.  Sebenarnya resipi ni Mak Mertua aku yang ajar.. slalu jugak la aku buat, tp nk masak dgn ikan puyu ni kira kena tggu hari yg bertuah la.. itu pun kalo ade dijual di pasar malam.. kekadang aku gantikan dgn ikan kerisi.  Masakan ni mudah aje.. bahan2nyer pun senang nk dpt.. kira org malas pun blh jd rajin la nk buat.. so, cuba la masakan ni.  

Bahan2nyer:

Ikan puyu atau ikan kerisi
Bawang merah 
Bawang putih
Serai 
Belacan 
Kunyit Hidup 
Cili Padi 
Asam Jawa 
Kangkung kampung 




Cara2 memasak:
1. Bawang merah + bawang putih + serai + cili padi + belacan = dikisar halus 
2. Rebus bahan2 tadi dan ditambah dengan air asam jawa sehingga mendidih, kecilkan api dan masukkan ikan 
3. Pastikan ikan tadi masak menggunakan api kecil, dan apabila hampir masak, masukkan kangkung kampung. Seelok2nya, selepas memasukkan kangkung, tutup api.  Jangan masak kangkung tadi sehingga lembik. (kangkung kampung ni dipilih sbb ia batangnya lebih rangup berbanding kangkung biasa).

* bahan2 yang dikisar tadi terpulang nk letak brp bnyk. Bgantung dengan brp bnyk ikan yg digunakan.  Masaknya lebih kurang mcm masak asam rebus.  Kensom ni sbnarnya masakan Thailand. 
(kalau tgk dlm gambar tu, aku tk pakai kunyit hidup, sbb masa tu tk dpt cari)