Tuesday, January 6, 2015

Orientasi Tahun 1

As Salam.  Bertemu kembali untuk berkongsi kisah gembira aku sbg seorang ibu.  Pada 2 Januari yg lepas, anak bongsuku, Wafiy Amsyar Bin Azizi telah menjalani sesi orientasi tahun 1 di Sek. Keb. Taman Seroja. Wafiy ditempatkan di dalam kelas 1 UMS.  Dah besar dah dia...tiba2 dah rasa tua pulak. 
Pada hari tu, orientasi hanyalah suai kenal murid-murid dengan guru, persekitaran sekolah dan kemudahan yang ada. Ibu bapa pada hari tersebut diarahkan berada di dewan bagi sesi taklimat.  Sementara taklimat, ujian saringan tahun 1 dijalankan.  
Rata-rata aku tengok murid-murid tahun satu semuanya berkobar2 nak ke sekolah dengan segala kelengkapan persekolahan yang baru.  Tak la mcm zaman aku dulu, boleh dikatakan setiap kelas ade aje murid-murid yang meronta2 tk nak masuk kelas la.. menangis la.  Berbeza sungguh kalau nak dibandingkan dengan budak2 zaman sekarang yang lebih terbuka dan telah didedahkan dengan pelbagai maklumat. 
Harapan aku sebagai seorang ibu, moga anak-anak aku cemerlang di dalam setiap yang diceburi, dunia dan akhirat. 

Wafiy yang ceria masuk ke tahun 1