Monday, August 27, 2012

~ Salam Lebaran 2012 ~

Salam.  Rasanya tk terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Lama kita tk bertemu dlm blog ni kan. Blog pun dh naik bersawang dh. Ape pun ni ade la sikit coretan terbaru bagi menggilap kembali blog yg dah kusam ni. Entry kali ni hanyalah resipi gulai kawah.  Alkisahnya rempah kawah dah ade, tp cara nk memasak dan resipinya pulak yg tak de. So, ni aku ade la dpt skit2 cara2 dan resipi dari kengkawan yg biasa buat.  Jom kita kongsi bersama resipi di bawah...

GULAI KAWAH 



Bahan-bahannya

·        1/2 kg daging-dipotong nipis
·        *Rempah gulai kawah (kuantiti untuk ½ kg daging)
·        *3 ulas bwg merah (kisar)
·        *2 ulas bwg putih (kisar)
·        *1/2 in lengkuas
·        1/2 halia
·        sedikit kunyit hidup (kisar)
·        2 atau 3 sudu (besar) lada mesin
·        1in gula melaka
·        1 sd(b) kerisik
·        sedikit air asam jawa @ 1 keping asam gelogor
·        garam secukupnya
·        santan dr 1/2 biji kelapa
·        minyak untuk menumis

Cara-cara
1.    Tumis lada mesin hingga naik bau
2.    Kemudian masukkan bahan-bahan bertanda (*) . Biarkan seketika sehingga naik bau.
3.   Masukkan kerisik,air asam jawa.masukkan pula daging bersama 1 cwn air.tambahkan garam secukup rasa dan gula melaka.tutup tudung periuk.biarkan daging empuk.
4.    jika daging tak empuk boleh tambah kan air,biarkan daging betul2 empuk
5.    bila daging sudah empuk masukkan santan,kacau sentiasa supaya santan tak pecah.
6.    tunggu hingga mendidih.biarkan seketika,gunakan api kecil(sehingga gulai naik minyak).angkat dan hidang
7.    **jika suka, boleh tambahkan ubi kentang.


Selamat mencuba!!


No comments:

Post a Comment