Ikan Puyu Masak Kensom..Malam kelmari, kira malam aku rajin nak masak la.. Petang lepas keje terus pegi pasar malam, beli ikan puyu utk dimasak kensom. Sebenarnya resipi ni Mak Mertua aku yang ajar.. slalu jugak la aku buat, tp nk masak dgn ikan puyu ni kira kena tggu hari yg bertuah la.. itu pun kalo ade dijual di pasar malam.. kekadang aku gantikan dgn ikan kerisi. Masakan ni mudah aje.. bahan2nyer pun senang nk dpt.. kira org malas pun blh jd rajin la nk buat.. so, cuba la masakan ni.
Bahan2nyer:
Ikan puyu atau ikan kerisi
Bawang merah
Bawang putih
Serai
Belacan
Kunyit Hidup
Cili Padi
Asam Jawa
Kangkung kampung
Cara2 memasak:
1. Bawang merah + bawang putih + serai + cili padi + belacan = dikisar halus
2. Rebus bahan2 tadi dan ditambah dengan air asam jawa sehingga mendidih, kecilkan api dan masukkan ikan
3. Pastikan ikan tadi masak menggunakan api kecil, dan apabila hampir masak, masukkan kangkung kampung. Seelok2nya, selepas memasukkan kangkung, tutup api. Jangan masak kangkung tadi sehingga lembik. (kangkung kampung ni dipilih sbb ia batangnya lebih rangup berbanding kangkung biasa).
* bahan2 yang dikisar tadi terpulang nk letak brp bnyk. Bgantung dengan brp bnyk ikan yg digunakan. Masaknya lebih kurang mcm masak asam rebus. Kensom ni sbnarnya masakan Thailand.
(kalau tgk dlm gambar tu, aku tk pakai kunyit hidup, sbb masa tu tk dpt cari)
No comments:
Post a Comment