Powered By Blogger

Thursday, March 31, 2011

Berlian Milik Si April

Assalamualaikum w.b.t... menjenguk sudah bulan April (sesiapa yg lahir dlm bulan ni sesuai sgt kalau memiliki berlian sbb ia simbol utk bulan tu).. hmmm cepat masa berlalu. Rasa mcm baru aje masuk thn baru.. Sebut pasal bulan April ni, bnyk aktiviti dan program bakal menyusul. Hujung minggu ni kami sekeluarga akan ke Pusat Sains Negara utk tgk pameran dinasaur.. dh lama tk bw anak2 pegi jln2.. lepas tu kami akan teruskan perjalanan ke Bandar Baru Salak Tinggi.. sbb nk tgk progress rumah & nk byr panelty yg aku crite smlm.. Next week, seminggu bakal bkampung di HQ sbb ada PAC Meeting (Panel Advisory Committee).. aku salah sorang urusetia utk bahagian aku.. tengok la.. kalo ade kesempatan boleh online rasanye..Seminggu selepas tu, aktiviti di pejabat mungkin mcm biasa, cuma ada bnyk training sepanjang minggu tu.  Aku, mcm biasa la.. kena set up ape yg patut utk training tu.. Hujung minggunya pulak, aku mungkin akan bawa anak2 pegi PWTC utk Malaysia's Largest Kids Education Fair 2011 (haaa...yg ni tentative..tk sure jd ke tk)... ada jugak hubby kata mungkin nk bawa anak ke Zoo Negara sbb dh lama tk ke sana. Kami ni bukan ape, kekadang tk ade masa yg sesuai nk bawa anak2 berjalan2.. dan..kadang2 tk boleh dirancang awal.. ade aje perkara lain yg timbul.. so, nnti aku akan update dari semasa ke semasa :D 
 (saje nk tunjuk gambo seketul berlian ni..)

~bEriTa bAiK uTk mInGgU iNi~

Alhamdulillah... ni nak kongsi satu berita baik ni.. akhirnya dpt jugak diskaun panelti yg pemaju kenakan ke atas aku sbb lambat release 10% payment pd diorg.  Dari RM224.25 aku hanya kena byr kat diorg sebnyk RM19.95.  Tk pe la kan.. dari kena byr ratusan2.  So, pada korang yg ada tkena cam aku ni, haaa.. penyelesaiannya sila la bhubung dgn peguam masing2 atau buatlah surat rayuan pengurangan... pemaju pun cam kita jugak.. manusia biasa..manusia yg tak penah lokek dengan sifat keprihatinan... kalo tk prihatin langsung tu maknanya bukan la manusia..
* tengkiu pada kengkawan yg bnyk mberi tunjuk ajar dlm urusan dgn pemaju ni :D

Wednesday, March 30, 2011

Dinos Alive!!

Jom ramai2 pegi pameran dinasaur di Pusat Sains Negara, Bukit Kiara, KL.  Sebenarnya aku baru tersedar ada pameran ni mlm tadi.  Lepas buletin utama habis, diorg ada tunjuk gazet skit pasal pameran dinasaur ni.  So, pagi2 ni search kat google, dan ini lah hasilnya.  Memang tengah ada pameran tu bermula 1 Disember 2010 hari tu sehingga 31 Mei 2011.  Hmmm.. ada masa lagi ni.. boleh la masukkan dlm kalender hujung minggu nnti.  Mesti anak2 aku teruja tengok dinasaur2 tu nnti sbb ianya bergerak dan dpt la feel mcm dlm Jurasic Park.. 



Ruangan Dekorasi



Mari hias rumah!! Kepada yg bminat dengan seni hias rumah ni, ada satu info nk dikongsi bersama.  Baru2 ni, ada terbaca di akhbar SinarHarian, iklan outlet menjual hiasan dalaman (homedeco).  Kalau tgk pada iklannya tu, mmg cantik2 barang2 yg ada kat outlet tu. Bila baca iklan tu, teringat jugak nk menghias rumah aku nnti, tapi di sebabkan aku ni tk la rajin sgt dlm bab2 mengemas rumah ni, so aku cukup la sekadar menyaji mata dengan benda2 cantik tu aje.. Cukup la rumah aku tu nnti kemas dan bersih.  Yang penting, tk bnyk barang sgt sbb rumah aku tu nnti tk besar mana pun.  Yang berminat nak kunjungi outlet homedeco ni, boleh la ke Maira Home Deco di Lot Kedai E-1-13, Apartment Sri Tanjung, Jalan USJ16/7, Subang Jaya atau lawati www.mairahomedecor.blogspot.com.  Gambar2 diatas antara koleksi yg terdapat di outlet tu..

Thursday, March 24, 2011

Jom kongsi resipi

Ikan Puyu Masak Kensom..Malam kelmari, kira malam aku rajin nak masak la.. Petang lepas keje terus pegi pasar malam, beli ikan puyu utk dimasak kensom.  Sebenarnya resipi ni Mak Mertua aku yang ajar.. slalu jugak la aku buat, tp nk masak dgn ikan puyu ni kira kena tggu hari yg bertuah la.. itu pun kalo ade dijual di pasar malam.. kekadang aku gantikan dgn ikan kerisi.  Masakan ni mudah aje.. bahan2nyer pun senang nk dpt.. kira org malas pun blh jd rajin la nk buat.. so, cuba la masakan ni.  

Bahan2nyer:

Ikan puyu atau ikan kerisi
Bawang merah 
Bawang putih
Serai 
Belacan 
Kunyit Hidup 
Cili Padi 
Asam Jawa 
Kangkung kampung 




Cara2 memasak:
1. Bawang merah + bawang putih + serai + cili padi + belacan = dikisar halus 
2. Rebus bahan2 tadi dan ditambah dengan air asam jawa sehingga mendidih, kecilkan api dan masukkan ikan 
3. Pastikan ikan tadi masak menggunakan api kecil, dan apabila hampir masak, masukkan kangkung kampung. Seelok2nya, selepas memasukkan kangkung, tutup api.  Jangan masak kangkung tadi sehingga lembik. (kangkung kampung ni dipilih sbb ia batangnya lebih rangup berbanding kangkung biasa).

* bahan2 yang dikisar tadi terpulang nk letak brp bnyk. Bgantung dengan brp bnyk ikan yg digunakan.  Masaknya lebih kurang mcm masak asam rebus.  Kensom ni sbnarnya masakan Thailand. 
(kalau tgk dlm gambar tu, aku tk pakai kunyit hidup, sbb masa tu tk dpt cari)

Wednesday, March 23, 2011

Hal Rumah Lagi... hmmm..

Bosan..bosan..bosan.. hmmm.. itulah yg mampu aku katakan. Hal rumah ni tk habis2.. Belum duduk lg..tapi dh kena panelty itu la.. ini la.. Alkisahnya, Isnin lepas aku terima surat daripada Pemaju mengatakan diorg lewat terima progress payment..so, bila dh lewat terima payment, keje diorg ni bagi panelty je la kat buyer.. Diorg ni pun satu.. dh aku buat pinjaman kerajaan, paham2 je la kan...serba serbi lewat..  itupun cam org giler aku follow up dgn Perbendaharaan. Kalau aku ni jenis diam je.. dan tk ambik tau ape2 cam ne.. Atleast aku ade jugak la usaha berhubung ngan pihak Perbendaharaan tu.. Tadi call Pejabat Pemaju, nasib baik pegawai yg aku call tadi sporting.. dia mintak aku buat surat rayuan pengurangan.. hmm.. lepas ni tk tau la problem ape lak.. jgn ade panelty2 lain yg menunggu dh la.. Moga2 cepat la selesai semua ni...AMIN. 

Tuesday, March 22, 2011

Indoor Garden


Kepada mereka yang ingin mendapatkan khidmat menggubah indoor garden, boleh menghubungi En. Azizi Hassan (012-2964098).  Antara set indoor garden yang pernah beliau gubah adalah seperti di dalam gambar.  Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan laman rumah yang lebih menarik, bolehlah mencuba!

Info Herba Untuk Hari Ini

Pokok Tujuh Jarum 

Pokok ini adalah dari keluarga kaktus dan satu2nya jenis kaktus yg berdaun besar. Berasal dari Korea Selatan dan mudah membiak. Sepanjang batangnya, ada 7 batang duri runcing.  Antara khasiatnya ialah dipercayai boleh merawat penyakit kanser kolon (usus besar), kanser hidung dan kanser lain serta mengubati darah tinggi dan kencing manis.  Cara menggunakannya ialah dengan merendam 2 helai daunnya ke dalam secawan air panas (prosedur seperti merendam teh), dan minum.

(tu gambar pokok tujuh jarum yg sedang berbunga.. ni pokok kat umah aku tau..)

Monday, March 21, 2011

Pembuka Tirai Perbicaraan

Assalamualaikum w.b.t.

(saje je nak enteprem skit...hihihi)
Bagi membuka tirai blog ni.. mula2 aku nk berterima kasih pada seorang teman. Kerana dialah aku mula merajinkan diri utk ade blog ni. Kalau nk tau, satu ilmu pasal blog ni pun aku tk ade pada asalnya, tp nasib baik ada dia. Tengkiu Pn. Maznah Muhamad Nor!!(ni dia siap pesan eja nama bapak biar betul) Kalau ada kelapangan leh la cuba2 jenguk blog dia jugak di:
http://keabadianchenta.blogspot.com/

(hihihii...ni ko kena bg aku komisyen ni Menah!!)